Followers

Tuesday, 7 June 2016

HIDUP ADALAH DUGAAN

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah semua... 
Salam ramadhan ke-3..

    Kadang-kadang kita terfikir untuk kembali menjadi kanak-kanak. Sebab kita rasa alam kanak-kanak tidak ada dugaan. Ceria sentiasa... dalam fikiran hanya ingat main sahaja. Kita rasa semakin kita meningkat dewasa semakin banyak dugaan dan semakin hebat cabaran yang perlu ditempuhi.

    Kita silap sebenarnya...siapa kata kanak-kanak tidak ada masalah atau tidak diuji...cuma dugaan mereka sesuai dengan usia dan kudrat fizikal serta mental mereka. 

    Cuba kita imbas kembali zaman kita menjadi kanak-kanak dahulu...


  • Ingat tak bagaimana kita nak menghadap muka mak dan ayah bila dapat tulisan merah dalam report card.

  • Ingat tak bagaimana kita takut hendak ke sekolah bila homework yang banyak tidak disiapkan.

  • Ingat tak bila kita dipulau oleh kawan-kawan apabila bergaduh.

  • Ingat tak bila balik rumah dengan pakaian yang comot ayah menanti dengan rotan.
...dan banyak lagi kisah-kisah masalah kita zaman itu. 

    Bagi kita yang sudah dewasa...kita nampak ringan sahaja perkara tersebut. Tapi bagi seorang kanak-kanak...itulah dugaan mereka. Kalau tidak masakan mereka sanggup meraung sekuat hati bila ditinggalkan ibu ayah pada hari pertama ke sekolah. Berdebarnya dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Itulah kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada setiap hambanya setimpal dengan kekuatan yang kita miliki. Seperti maksud ayat 286 dalam Surah Al-Baqarah :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

    Sebenarnya saya terfikir berkenaan tajuk dugaan ini apabila mendapat tahu dua orang sahabat saya yang menerima dugaan sempena menyambut ramadhan kali ini. Dua-duanya berkaitan dengan pertukaran. 

    Seorang sahabat saya mendapat surat pertukaran ke sekolah yang agak jauh dari rumahnya. Tinggal di Saujana Utama Sunga Buloh dan bakal ke sekolah baru naik semester ini ( 13 Jun 2016 ) di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur pasti tahu betapa cabarannya hendak mengharungi jalanraya ketika waktu puncak. Mau hari-hari menangis sambil bawa kereta.

    Seorang lagi sahabat saya yang mohon bertukar dari Kuala Selangor ke Bentong Pahang kerana suaminya telah setahun berpindah ke sana (Bentong). Permohonan berjaya tapi di tempatkan di Felda Keratong 7. Sedih juga kesnya...Hajat hendak dekat dengan suami tapi dihantar nun jauh...

  Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul... Bersabar dan tabahlah sahabatku... itulah dugaan...kita hanya merancang ... tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Ingat janji Allah...pahala menanti atas setiap usaha kita itu.

Yakin bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih membahagiakan buat kita.

Bersangka baik pada Allah kerana Allah itu Ar-Rahim sifatnya.

    Semoga setiap dugaan yang datang kepada kita menjadi tarbiyah buat jiwa dan mematangkan diri serta menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepadaNya...

# Syukur selalu...


No comments:

Post a Comment