Followers

Friday, 20 May 2016

Di Ambang Ramadhan





Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah semua...

Pantasnya masa berlalu...
Kadang-kadang terasa lelah diri untuk mengejar jam demi jam dalam sehari.
Sedar tidak sedar Ramadhan hampir kembali. Moga-moga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu bulan penuh barakah ini.

Sesetengah orang tidak sabar menanti kehadiran Ramadhan. Manakan tidak Allah janjikan pahala berganda pada setiap amalan baik yang kita lakukan berbanding dengan hari-hari biasa. 

Kalau diukur dengan kebendaan, mana ada orang yang tidak suka apabila pendapatan atau rezeki melimpah-ruah. Pasti akan dinanti saat tersebut. 

Cuma bezanya rezeki pahala ini tidak secara langsung, tidak bersifat objek yang boleh memberi faedah langsung kepada manusia di kehidupan dunia fana ini.

Mungkin sebab itu, ada juga orang yang rasa tidak selesa apabila Ramadhan akan tiba. Pelbagai-bagai perasaan tidak senang terdetik dalam hati. Banyak pula aktiviti harian yang terganggu dan pelbagai lagi.

Namun niatkan dalam hati di setiap Ramadhan yang datang agar kita bisa menjadi hambanya yang terbaik dan moga hidayah Allah tetap bersama kita. Inshaa Allah...itulah bekal yang hendak di bawa pada kehidupan yang sebenarnya nanti.

Sebagai persiapan menanti kehadiran Ramadhan ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian :

1. Perbetulkan niat dan azam sebelum memasuki bulan Ramadhan. Niatkan segala amalan perbuatan adalah semata-mata menghadirkan diri kepada Allah

2. Buang jauh-jauh sifat malas.

3. Azam untuk lebih banyak berbuka dengan ahli keluarga dan jiran tetangga.

4. Menjaga kesihatan dari sekarang agar dapat menjalani ibadah dengan baik.

5. Merancang kewangan agar tidak terlalu boros dan lebihkan untuk bersedekah.

6. Menjaga dan mendidik jasmani dan rohani untuk melalui Ramadhan dengan sempurnna dan berkualiti,

Perkongsian dari IKIM : Persiapkan Diri Menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak

# Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment