Assalamualaikum sahabat yang dirahmati semua...
Tajuk entry kali ni macam lagu Ella kan...
Pernah tak anda semua terjaga di tengah -tengah malam ketika sedang lena tidur. Pasti pernahkan. Saya pun alami perkara yang sama.
Satu ketika dahulu, bila terjaga tengah-tengah malam, saya akan bangun dan selesaikan tugas rumahtangga yang belum selesai. Contohnya menyapu, mengemop lantai, cuci pinggan dan menyidai baju dan saya suka melakukannya pada waktu tersebut.
Hinggalah pada suatu hari, emak saya menegur. Katanya bukankah elok jika bangun malam itu dimulai dahulu dengan solat-solat sunat. Kemudian buatlah tugasan lain.
Bermula hari itu, saya terfikir teguran emak saya. Betul katanya. Alangkah rugi jika kita hanya dapat satu manfaat sahaja ( selesai urusan dunia ) sedangkan kita diberi peluang untuk menambah saham akhirat juga.
Sebenarnya, kerana Allah yang bersifat Maha Pengasih dan Penyayang itu, maka dikejutkan kita dari tidur. Pelbagai cara kita dikejutkan, kadang-kadang kerana kita hendak membuang air, kadang-kadang kerana batuk, panas, mimpi dan sebagainya. Rupa-rupanya Dia mahu memberi peluang kepada kita untuk meminta dan memohon kepadaNya. Masya Allah.....kita sahaja yang tidak perasan akan hal itu.
Betapa Maha Pemurahnya Allah, sentiasa memberi peluang kepada hambaNya yang sentiasa lalai dan leka ini.
Mulai hari ini jom kita hidupkan malam kita dengan lebih berkualiti. Paling tidak pun mulai dengan dua rakaat solat tahajud. Kemudian latih diri untuk istiqomah dan menambahbaik dari hari ke hari.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
# Jom Solat Malam

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..perkongsian yg bagus..kadang2 kita selalu lupa,Alhamdulillah ada yg masih sudi menegur..
ReplyDeleteSalam. Benar.
ReplyDeleteSenantiasa mengetuk pintu qalb dengan zikir dan melazimi nasuha yang hakiki.
Salam. Benar.
ReplyDeleteSenantiasa mengetuk pintu qalb dengan zikir dan melazimi nasuha yang hakiki.