Assalamualaikum sahabat yang dirahmati semua...
...hutang....hutang...hutang...
Pening kepala fikir hutang yang banyak.
Pening kepala fikir bila hutang akan langsai.
Pening kepala fikir di mana lagi boleh berhutang.
Banyak hutang menghilangkan bahagia dan ceria.
Banyak hutang menimbulkan konflik dalam keluarga.
Banyak hutang membuatkan kita tidak tentu hala.
Benar seperti hadith Nabi Muhammad S.W.T
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (HR. Tirmidzi no. 1078.
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang berhutang. Kadang-kadang kerana tuntutan yang sangat mendesak namun ada juga kerana kehendak hati yang meluap-luap.
Jadilah individu yang bijak menguruskan percaturan hidup. Dahulukan keperluan dari keinginan peribadi. Kita berhutang pada perkara yang sepatutnya.
Hari ini kita hidup di zaman yang berasaskan wang di mana-mana. Tidak semua daripada kita dikurniakan rezeki wang yang melimpah lantas dapat membeli segala aset yang menjangkau ribuan ringgit dengan bayaran tunai. Mahu atau tidak, kita terpaksa berhutang.
Itu hutang sesama manusia, belum dikira hutang kita dengan Allah. Solat dan puasa fardu yang tertinggal juga dikira hutang.
Mari kita sama-sama berazam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk segera menyelesaikan segala hutang yang ada. Moga-moga kita sempat melunaskan segala hutang kita dengan Allah dan sesama manusia sebelum dijemput pergi.
Kenalpasti berapa jumlah hutang kita dan mula bertindak sekarang. Jika bukan sekarang bila lagi kerana ajal tidak menunggu hingga kita benar-benar bersedia.
Banyakkan doa agar Allah permudahkan jalan kita untuk hasrat ini. Inshaa Allah...Allah Maha Mengetahui niat kita.
Jom amalkan doa ini,
اللهم إنى أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجل
Ertinya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
# Jom segera langsaikan hutang.
Yep. Hehe. Terhutang budi pada puan. Terima kasih
ReplyDeleteYep. Hehe. Terhutang budi pada puan. Terima kasih
ReplyDelete