Followers

Wednesday, 28 September 2016

VIDEO BERKAITAN IMAN

RUKUN IMAN


SIFAT WAJIB BAGI ALLAH




MALAIKAT


25 RASUL



NAMA-NAMA AL-QURAN



GAMBARAN KIAMAT


GAMBARAN SYURGA


GAMBARAN NERAKA








SYAFAAT RASULULLAH




Friday, 1 July 2016

BICARA YANG BAIK-BAIK: FASA KEHIDUPAN

BICARA YANG BAIK-BAIK: FASA KEHIDUPAN: Assalamualaikum sahabat... Buat diri saya kehidupan ini mempunyai tiga fasa... Fasa Pertama Alam kanak-kanak yang penuh keriangan dan k...

DIAMBANG AIDILFIRTI

Assalamualaikum semua...

Saya pasti ramai umat Islam tika ini tidak banyak sedikit sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal.

Tidak terlepas dengan diri saya juga. Namun saya tidaklah seghairah dahulu untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri ini. Berpatutan dan sekadarnya sahaja. Kalau boleh tidak mahu persiapan untuk menyambut hari raya itu mendominasi amalan di bulan Ramadhan.

Pun begitu bagi saya persiapan itu perlu bagi meraikan kejayaan kita sepanjang Ramadhan ini. Tambahan apabila sudah berkeluarga. Sekurang-kurangnya keperluan untuk setiap ahli keluarga itu dapat disediakan disamping untuk mewujudkan suasana sebagai satu pembelajaran dan kenangan untuk anak-anak.

Ini antara aktivit saya semalam.

Siang di Jalan TAR Kuala Lumpur. 

Bersama kawan sekolah
 
Malam selepas balik tarawih cuba buat Biskut Samperit.
Cik Hanis teruja nak tolong buat biskut

Proses 'membaking'

Inilah hasilnya. Walaupun bentuknya tak berapa menjadi tapi rasanya sangat sedap.

In shaa Allah... hari ini jika diizinkan Allah akan mencari pakaian anak-anak pula. 
Semuanya sederhana sahaja. Apa yang diharapkan Aidilfitri tahun ini saya dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak saudara untuk mengeratkan lagi silaturrahim.

# rindu bertamu dihati...

FASA KEHIDUPAN

Assalamualaikum sahabat...

Buat diri saya kehidupan ini mempunyai tiga fasa...

Fasa Pertama
Alam kanak-kanak yang penuh keriangan dan kenangan.

Fasa Kedua
Alam remaja yang berwarna-warni dan penuh dengan keinginan.

Fasa Ketiga
Alam dewasa yang menuntut untuk melipat gandakan usaha sebagai bekalan

Di fasa ketiga kehidupan... 

Fasa penghujung hidupku...

Tiada apa yang diharapkan lagi pada dunia ini melainkan keredhaan Allah, keredhaan suami dan keredhaan ibu ayah. Semoga Allah terus memberi daku kekuatan dalam menempuh cabaran dan dugaan agar daku tidak termasuk dalam golongan orang yang kecewa dengan ketentuan...

Daku teruskan kehidupan yang bersisa ini tetapi matlamatnya sudah tidak sama dengan matlamat 10 atau 20 tahun dahulu. Kiranya dulu daku impikan segala kenikmatan dunia namun...tika usia menginjak ke 40 tahun, kematangan dan anugerah hidayahMu ya Allah, matlamat itu sudah berubah. Semua yang dilakukan sekarang hanya ku harapkan natijahnya di sana nanti. Terima kasih Allah atas kurniaMu..menjentik kesedaran ini dalam diriku...

Allahu Rabbi...
Andai satu ketika dahulu daku kalut dan cepat melatah bila sentuhan ujianMu datang bertamu... namun kini berilah daku kekuatan untuk ku tempuhinya dengan penuh hikmah. Agar tidak hilang pahalaku yang sedikit ini untuk ku bawa sebagai bekal ke sana nanti. Jadikan daku hambaMu yang tabah dan redha dengan setiap apa yang mendatang dalam hidupku.

Wahai Pemilik Nyawaku...
Anugerahi daku ketenangan dengan setiap musibahMu agar dapat ku meniti hari-hari akhirku dengan penuh rasa redha dan bahagia.

Kurniakan daku orang-orang di sekelilingku yang boleh membawa daku ke syurgaMu...

Amin Ya Allah...


27 Ramadhan 1437H ( 2 Julai 2016 )

Tuesday, 7 June 2016

HIDUP ADALAH DUGAAN

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah semua... 
Salam ramadhan ke-3..

    Kadang-kadang kita terfikir untuk kembali menjadi kanak-kanak. Sebab kita rasa alam kanak-kanak tidak ada dugaan. Ceria sentiasa... dalam fikiran hanya ingat main sahaja. Kita rasa semakin kita meningkat dewasa semakin banyak dugaan dan semakin hebat cabaran yang perlu ditempuhi.

    Kita silap sebenarnya...siapa kata kanak-kanak tidak ada masalah atau tidak diuji...cuma dugaan mereka sesuai dengan usia dan kudrat fizikal serta mental mereka. 

    Cuba kita imbas kembali zaman kita menjadi kanak-kanak dahulu...


  • Ingat tak bagaimana kita nak menghadap muka mak dan ayah bila dapat tulisan merah dalam report card.

  • Ingat tak bagaimana kita takut hendak ke sekolah bila homework yang banyak tidak disiapkan.

  • Ingat tak bila kita dipulau oleh kawan-kawan apabila bergaduh.

  • Ingat tak bila balik rumah dengan pakaian yang comot ayah menanti dengan rotan.
...dan banyak lagi kisah-kisah masalah kita zaman itu. 

    Bagi kita yang sudah dewasa...kita nampak ringan sahaja perkara tersebut. Tapi bagi seorang kanak-kanak...itulah dugaan mereka. Kalau tidak masakan mereka sanggup meraung sekuat hati bila ditinggalkan ibu ayah pada hari pertama ke sekolah. Berdebarnya dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Itulah kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada setiap hambanya setimpal dengan kekuatan yang kita miliki. Seperti maksud ayat 286 dalam Surah Al-Baqarah :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

    Sebenarnya saya terfikir berkenaan tajuk dugaan ini apabila mendapat tahu dua orang sahabat saya yang menerima dugaan sempena menyambut ramadhan kali ini. Dua-duanya berkaitan dengan pertukaran. 

    Seorang sahabat saya mendapat surat pertukaran ke sekolah yang agak jauh dari rumahnya. Tinggal di Saujana Utama Sunga Buloh dan bakal ke sekolah baru naik semester ini ( 13 Jun 2016 ) di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur pasti tahu betapa cabarannya hendak mengharungi jalanraya ketika waktu puncak. Mau hari-hari menangis sambil bawa kereta.

    Seorang lagi sahabat saya yang mohon bertukar dari Kuala Selangor ke Bentong Pahang kerana suaminya telah setahun berpindah ke sana (Bentong). Permohonan berjaya tapi di tempatkan di Felda Keratong 7. Sedih juga kesnya...Hajat hendak dekat dengan suami tapi dihantar nun jauh...

  Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul... Bersabar dan tabahlah sahabatku... itulah dugaan...kita hanya merancang ... tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Ingat janji Allah...pahala menanti atas setiap usaha kita itu.

Yakin bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih membahagiakan buat kita.

Bersangka baik pada Allah kerana Allah itu Ar-Rahim sifatnya.

    Semoga setiap dugaan yang datang kepada kita menjadi tarbiyah buat jiwa dan mematangkan diri serta menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepadaNya...

# Syukur selalu...


Friday, 20 May 2016

Lagu Hari Guru

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah semua,

Sempena hari guru baru-baru ini, banyak lagu bertemakan guru kita dengar. Antara yang menjadi pilihan dan lagu wajib dinyanyikan adalah seperti berikut :

1. LAGU KAMI GURU MALAYSIA




2. LAGU GURU PEMBINA NEGARA BANGSA




3. LAGU GURU UPIN DAN IPIN




4. LAGU GURUKU SAYANG



Selamat mendengar ya....

# Terima kasih cikgu...